Friday, 30 November 2012

contoh karangan 3


Pengalaman Manis ( Majlis Hari Lahir )
          Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah menyambut Hari Lalir saya yang ke-12. Majlis Hari Lahir saya telah diadakan di rumah saya pada waktu malam.
          Emak telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak. Bapa pula menghias ruang tamu rumah dengan cantik. Ramai kawan telah dating ke rumah saya pada malam tersebut. Mereka membawa banyak hadiah untuk saya.
          Pada mulanya,kawan-kawan saya memasang lilin di atas sebuah kek yang besar dan kemudian mereka menyanyikan lagu “ Selamat Hari Jadi” untuk saya. Kami menyanyikan bersama-sama sambil bertepuk tangan. Selesai menyanyi, saya pun meniup lilin.
          Selepas itu, saya memotong kek dan menjemput kawan-kawan menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Kami makan sambil berbual-bual dengan gembira. Selepas itu, saya membuka hadiah yang saya peroleh.
          Pada pukul 9.30 malam, Majlis Hari Lahir saya pun tamat. Kawan-kawan saya mengucapkan terima kasih dan pulang ke rumah masing-masing. Saya membantu emak mengemaskan rumah. Kakak pula membasuh pinggan mangkuk di dapur.
          Saya berasa sangat gembira pada hari itu kerana dapat menyambut Hari Lahir saya dengan meriah sekali. Saya tidak sabar untuk menunggu Hari Lahir yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment