Friday 30 November 2012

latihan bina ayat


Nama: ______________________                   Kelas: ______

Bina ayat berdasarkan gambar dan perkataan yang di beri.

Description: taman basikal.jpg 





---berbasikal--- taman

______________________________________________________

______________________________________________________

Description: sekolah2.jpg



---sekolah---cantik

______________________________________________________

______________________________________________________

Description: cuci kasut.jpg




---mencuci---tandas

______________________________________________________

______________________________________________________

Description: picnic.jpg




---berkelah---tepi pantai

______________________________________________________

______________________________________________________

Description: da he chang.jpg
---menyanyi---bersama-sama

______________________________________________________

______________________________________________________

contoh karangan 3


Pengalaman Manis ( Majlis Hari Lahir )
          Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah menyambut Hari Lalir saya yang ke-12. Majlis Hari Lahir saya telah diadakan di rumah saya pada waktu malam.
          Emak telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak. Bapa pula menghias ruang tamu rumah dengan cantik. Ramai kawan telah dating ke rumah saya pada malam tersebut. Mereka membawa banyak hadiah untuk saya.
          Pada mulanya,kawan-kawan saya memasang lilin di atas sebuah kek yang besar dan kemudian mereka menyanyikan lagu “ Selamat Hari Jadi” untuk saya. Kami menyanyikan bersama-sama sambil bertepuk tangan. Selesai menyanyi, saya pun meniup lilin.
          Selepas itu, saya memotong kek dan menjemput kawan-kawan menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Kami makan sambil berbual-bual dengan gembira. Selepas itu, saya membuka hadiah yang saya peroleh.
          Pada pukul 9.30 malam, Majlis Hari Lahir saya pun tamat. Kawan-kawan saya mengucapkan terima kasih dan pulang ke rumah masing-masing. Saya membantu emak mengemaskan rumah. Kakak pula membasuh pinggan mangkuk di dapur.
          Saya berasa sangat gembira pada hari itu kerana dapat menyambut Hari Lahir saya dengan meriah sekali. Saya tidak sabar untuk menunggu Hari Lahir yang seterusnya.

contoh karangan 2


Hari Sukan
          Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Hari Sukan. Hari Sukan tersebut merupakan acara tahunan sekolah saya.
          Sejak awal pagi, para tetamu termasuklah ibu bapa telah hadir ke sekolah. Mereka dating beramai-ramai untuk member sokongan kepada anak-anak mereka. Kehadiran mereka sekali gus telah memeriahkan lagi pesta sukan pada hari itu.
          Acara pertama yang berlangsung pada pagi itu ialah acara perbarisan. Acara ini disertai oleh kesemua peserta rumah sukan yang mengambil bahagian. Ada empat rumah sukan yang bertanding iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Hijau.
          Selepas acara perbarisan tamat, acara sukan pun bermula. Ada pelbagai acara yang telah dipertandingkan seperti lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Sewaktu acara-acara ini berlangsung, semua penonton bersorak dan bertepuk tangan.
          Dalam pertandingan tersebut, Rumah Kuning telah muncul sebagai johan keseluruhan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Daerah Kota Setar.
          Menjelang pukul 2.00 petang, acara sukan tamat. Semua yang hadir telah bersurai. Hari Sukan tersebut telah mengeratkan hubungan antara pihak sekolah , ibu bapa dan juga murid-murid.

Contoh karangan 1


Contoh karangan:
Ibu Saya
          Ibu saya bernama Wong Kiet Ling, umurnya 40 tahun. Ibu saya adalah wanita yang cantik, badannya tinggi lampai. Ibu saya berambut pendek dan bercermin mata.
          Ibu saya ialah seorang guru, dia mengajar di sebuah sekolah menengah. Setiap hari, selepas bersarapan, ibu akan membawa saya dan adik ke sekolah. Lepas itu, ibu akan ke sekolahnya. Di sekolah, ibu saya ialah seorang guru kaunseling.
          Kegemaran ibu saya ialah menenam pokok bunga. Setiap petang, ibu akan meluangkan masa untuk menyiram pokok-pokok bunganya. Kadang-kadang, ibu mencabut rumput atau membubuh baja.
          Ibu saya sangat mengambil berat tentang pelajaran kami adik-beradik. Setiap malam, dia akan mengajar kami mengulang kaji pelajaran.
          Ibu saya suka menolong orang lain. Bila jiran-jiran saya menghadapi masalah, dia pasti akan menolong mereka.
          Saya berbangga kerana mempunyai seorang ibu yang baik. Saya saying akan ibu saya.

KOSA KATA

1.   wanita  妇女
4.   mengambil berat  重视
2.   tinggi lampai  高挑
5.   menghadapi masalah  面对问题
3.   kaunseling  辅导