Friday 30 November 2012

contoh karangan 2


Hari Sukan
          Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Hari Sukan. Hari Sukan tersebut merupakan acara tahunan sekolah saya.
          Sejak awal pagi, para tetamu termasuklah ibu bapa telah hadir ke sekolah. Mereka dating beramai-ramai untuk member sokongan kepada anak-anak mereka. Kehadiran mereka sekali gus telah memeriahkan lagi pesta sukan pada hari itu.
          Acara pertama yang berlangsung pada pagi itu ialah acara perbarisan. Acara ini disertai oleh kesemua peserta rumah sukan yang mengambil bahagian. Ada empat rumah sukan yang bertanding iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Hijau.
          Selepas acara perbarisan tamat, acara sukan pun bermula. Ada pelbagai acara yang telah dipertandingkan seperti lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Sewaktu acara-acara ini berlangsung, semua penonton bersorak dan bertepuk tangan.
          Dalam pertandingan tersebut, Rumah Kuning telah muncul sebagai johan keseluruhan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Daerah Kota Setar.
          Menjelang pukul 2.00 petang, acara sukan tamat. Semua yang hadir telah bersurai. Hari Sukan tersebut telah mengeratkan hubungan antara pihak sekolah , ibu bapa dan juga murid-murid.

No comments:

Post a Comment